Terakhir dikemas kini pada 08/10/2025
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam
Syarat Kelayakan:
i. Organisasi hendaklah berdaftar di bawah entiti undang-undang seperti Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan sebagainya;
ii. Organisasi hendaklah mempunyai akaun bank atas nama Organisasi dan mengemukakan maklumat serta salinan akaun bank yang disahkan oleh pihak bank;
iii. Organisasi hendaklah memajukan salinan dokumen status tanah yang telah disahkan oleh Pejabat Tanah iaitu:
Pemohon hendaklah memuat naik (upload dalam sistem) maklumat dan dokumen seperti yang berikut:
i. Foto muka hadapan premis;
ii. Koordinat lokasi (Latitude & Longitude) premis;
iii. Salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan daripada ROS atau sijil / surat pendaftaran organisasi dengan badan / agensi berkaitan yang telah disahkan;
iv. Salinan surat pengesahan bank yang mengesahkan akaun bank atas nama Organisasi. Permohonan yang dibuat menggunakan akaun bank pihak ketiga tidak akan dipertimbangkan;
v. Salinan dokumen status tanah yang telah disahkan oleh Pejabat Tanah seperti penjelasan di perenggan 6.2.3;
vi. Anggaran kos terperinci tidak boleh melebihi Ringgit Dua Ratus Lima Puluh Ribu (RM250,000.00):
vii. Gambar-gambar semasa berkaitan kerja-kerja yang dimohon
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim di bawah:
i. Panduan Permohonan Penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI)
ii. Manual Penggunan Sistem e-RIBI