Perbadanan PR1MA Malaysia
Terakhir dikemas kini pada
09/10/2025
- Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 (Akta 739) sebagai inisiatif kerajaan untuk merancang, membangun dan menyediakan rumah mampu milik berkualiti bagi golongan berpendapatan pertengahan (M40 dan B40) di kawasan bandar utama.
- Penubuhan PR1MA bertujuan memastikan rakyat Malaysia, khususnya yang bekerja di bandar, berpeluang memiliki kediaman yang selesa, moden dan strategik pada harga yang berpatutan, seiring dengan matlamat kerajaan meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA)
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia
ii. Individu bujang atau berkahwin berumur 21 tahun ke atas
iii. Pendapatan individu atau isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM15,000 sebulan (pendapatan kasar).
iv. Rumah PR1MA hanya boleh dibeli sebagai rumah pertama atau kedua sahaja.
- Langkah-langkah untuk Membuat Permohonan:
Pendaftaran | - Daftar akaun melalui laman rasmi PR1MA dan lengkapkan pendaftaran dan terima nombor rujukan PR1MA anda. Nombor ini digunakan untuk urusan PR1MA seterusnya.
|
Pelancaran hartanah Baru | - Anda akan dimaklumkan tentang pelancaran baharu projek PR1MA di lokasi pilihan anda. Pelancaran baharu turut akan diiklankan di media.
|
Permohonan | - Pembangunan Baharu Dilancarkan: Setelah pendaftaran atau log masuk akaun, sila teruskan dengan permohonan Rumah PR1MA kerana penyertaan untuk pengundian tidak dilakukan secara automatik.
- Pembangunan Unit Terhad: Setelah pendaftaran atau log masuk akaun, sila teruskan dengan permohonan Rumah PR1MA. Seterusnya, hubungi Rakan Jualan yang dilantik untuk semakan ketersediaan unit dan pertanyaan lanjut.
|
Pengundian | - Proses pengundian terbuka dan telus akan dijalankan bagi pemohon yang memenuhi semua syarat kelayakan. Pengundian ini hanya terpakai bagi projek pembangunan baharu yang dilancarkan
|
Pemilihan Unit | - Anda akan dijemput untuk menghadiri sesi Pemilihan Unit bagi memilih unit pilihan anda berdasarkan ketersediaan.
Sila sediakan yuran tempahan sebanyak RM500 dalam bentuk deraf bank atau cek atas nama berikut: i. PERBADANAN PR1MA MALAYSIA (bagi unit kediaman di Semenanjung Malaysia & Sabah) ii. PR1MA DEVELOPMENT SDN. BHD. (bagi projek di Sarawak) iii. PR1MA SEREMBAN SENTRAL SDN. BHD. (bagi unit kediaman Seremban Sentral sahaja) - Yuran tempahan sebanyak RM500 hanya dikenakan bagi projek kediaman PR1MA yang telah siap dibina.
|
Permohonan dan Kelulusan Kewangan | - Sediakan dokumen yang diperlukan dan kemukakan permohonan pinjaman kepada institusi kewangan pilihan anda.
Sila ambil maklum perkara berikut: i. Pinjaman Bank: Kelulusan dijangka dalam tempoh 1 bulan dari tarikh tempahan. ii. Pinjaman Kerajaan (LPPSA): Kelulusan dijangka dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tempahan. - Untuk maklumat lanjut, sila hubungi institusi kewangan pilihan anda.
|
Perjanjian Jual Beli (SPA) | - Perjanjian Jual Beli (SPA) merupakan dokumen rasmi yang ditandatangani antara pemaju (PR1MA) dan pembeli sebagai pengesahan urus niaga bagi pembelian hartanah PR1MA.
|
Penyerahan Kunci / Milik Kosong | - Rumah PR1MA anda akan diserahkan secara rasmi selepas pembangunan siap sepenuhnya, Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) dikeluarkan, serta semua bayaran tertunggak (jika ada) telah dijelaskan.
- Tahniah! Anda kini pemilik rasmi Rumah PR1MA. Selamat datang ke Komuniti PR1MA.
|
Nota:
i. Garis panduan tambahan oleh kerajaan negeri mungkin terpakai.
ii. Pemilihan pemilik rumah yang berjaya dan pengagihan unit Rumah PR1MA akan dijalankan melalui proses pengundian terbuka bagi projek pembangunan baharu yang dilancarkan.
iii. Rumah PR1MA mesti didiami oleh pemilik sendiri dan penyewaan semula (sub-letting) tidak dibenarkan.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda