Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 08/10/2025

  • Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) merupakan program yang dilaksanakan untuk mengurangkan beban tanggungan keluarga miskin di bandar melalui bantuan perumahan untuk menyediakan kediaman yang lebih selesa, meningkatkan keupayaan dan kualiti hidup keluarga miskin di bandar demi kesejahteraan komuniti dalam konteks kemakmuran bersama.
  • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU,JPM) bersandarkan Laporan Survei Isi Rumah Dan Kemudahan Asas (HIS&BA) 2019 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). PGK digunakan sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih. Purata nilai PGK terkini mengikut negeri adalah seperti yang berikut:

Negeri

PGK 2019 (RM)

Malaysia

2,208

Johor

2,505

Kedah

2,254

Kelantan

2,139

Melaka

2,375

Negeri Sembilan

2,088

Pahang

2,270

Pulau Pinang

1,989

Perak

2,077

Perlis

1,967

Selangor

2,022

Terengganu

2,507

Sabah

2,537

Sarawak

2,131

W.P. Kuala Lumpur

2,216

W.P. Labuan

2,633

W.P Putrajaya

2,128

  • Program-program bawah PPKB:

Program

Keterangan

Program Baik Pulih Rumah Daif Di Bandar
  • Menyediakan tempat kediaman yang selamat dan selesa untuk dihuni bagi menyumbang kepada kehidupan yang berkualiti dan sejahtera.
  • Kadar bantuan maksimum adalah sebanyak RM13,000.00 di Semenanjung Malaysia dan RM15,000.00 di Sabah, Sarawak dan WP Labuan.
Projek Rumah Sejahtera
  • Menyediakan tempat kediaman yang selesa dan selamat untuk dihuni bagi menyumbang kepada kehidupan yang berkualiti dan sejahtera.
  • Kadar bantuan maksimum adalah sebanyak RM40,000.00 di Semenanjung Malaysia dan RM50,000.00 di Sabah, Sarawak dan WP Labuan.
Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB)
  • Untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan kumpulan sasar supaya mampu mendapat pekerjaan / mengusahakan perniagaan yang boleh memberikan pendapatan yang lebih tinggi seterusnya meningkatkan kualiti hidup dan keluar dari kemiskinan.
  • Skop latihan bagi Program PEKB: 

    i. Program Pembangunan Minda Insan;

    ii. Program Latihan Kemahiran; 

    iii. Program Celik Kewangan; iv Program Bina Upaya; dan 

    v. Program Promosi dan Pemasaran.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Telipon

TELEFON

03-8891-5051

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda