Projek Insentif Galakan Peningkatan Produktiviti Ruminan Kecil Ke Arah Purata Kadar Kelahiran Nasional 100% (PIKK100%)
Permohonan Telah Ditutup

Terakhir dikemas kini pada 24/09/2025

  • Projek Insentif Galakan Peningkatan Produktiviti Ruminan Kecil Ke Arah Purata Kadar Kelahiran Nasional 100% (PIKK100%) adalah projek yang dilaksanakan secara geran penuh kepada penternak kambing pedaging / kambing tenusu / bebiri pedaging yang mempunyai kadar kelahiran ternakan sekurang-kurangnya 100% dan dinilai berpotensi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).
  • Permohonan dibuka mulai 18 Ogos 2025 hingga 25 Ogos 2025
  • Golongan sasar adalah penternak ruminan kecil seluruh Semenanjung Malaysia. Insentif yang akan diterima secara pakej adalah:

Pakej Kambing Pedaging

Pakej Bebiri Pedaging

Induk Kambing pedaging kacukanInduk bebiri pedaging kacukan
Pejantan kambing pedaging kacukanPejantan bebiri pedaging kacukan
Makanan ternakan / garam jilat (untuk persedian penerimaan ternakan)Makanan ternakan / garam jilat (untuk persedian penerimaan ternakan)

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Jabatan Perkhidmatan Veterinar & Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda