Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas)
Terakhir dikemas kini pada
02/10/2025
- ​Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) ialah satu skim rebat sebanyak RM2,400 bagi tujuan pembelian atau langganan motosikal elektrik CKD kepada rakyat Malaysia bertujuan bagi menggalakkan rakyat untuk beralih kepada kenderaan berasaskan elektrik.
- Permohonan MARiiCas boleh dibuat secara dalam talian mulai 17 Januari 2025 (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)
- Permohonan dihadkan 1 permohonan kepada 1 individu SAHAJA
- Jumlah insentif yang ditawarkan kepada pembeli motosikal elektrik:
i. Pemberian subsidi secara rebat tunai sebanyak RM2,400 untuk pembelian motosikal elektrik ; ATAU ii. Pemberian subsidi secara rebat tunai sebanyak RM200 sebulan selama 12 bulan untuk permohonan langganan motosikal elektrik. |
- Perbezaan pembelian dan langganan motosikal elektrik:
Pembelian | - Pembelian secara tunai atau pinjaman adalah berdasarkan harga motosikal yang TELAH ditolak rebat sebanyak RM2,400.
|
Langganan | - Langganan adalah penggunaan motosikal elektrik secara sewaan dengan Syarikat Pengeluar sehingga tempoh sewaan tamat.
|
- Rebat dikenakan terhadap harga asas motosikal elektrik sebelum cukai jualan dan insurans.
Contoh 1 | - Ahmad Jais ingin membeli motosikal elektik, jenama ABC yang berharga RM6,000 tidak termasuk cukai jalan dan insurans. Selepas menerima kod QR, rebat akan diberikan sebanyak RM2,400, maka Ahmad Jais hanya perlu membayar RM3,600. Harga jualan tidak termasuk cukai jalan dan insurans.
|
Contoh 2 | - Muthu telah memilih untuk pakej langganan motosikal elektrik XYZ. Pakej yang ditawarkan dengan harga RM500 sebulan. Jumlah yang harus dibayar oleh Muthu selama 12 bulan adalah sebanyak RM300. Setelah mendapat kod QR, rebat akan diberikan sebanyak RM200 bagi setiap bulan, maka jumlah akhir yang harus dibayar Muthu adalah RM300.
|
Nota:
i. Model Motosikal CKD atau Completely Build Up adalah istilah yang digunapakai bagi model motosikal yang sudah membuat pemasangan di Malaysia. Pembelian dengan insentif MARiiCas bagi model CKD ini terbuka kepada seluruh pemohon MARiiCas yang diluluskan.
ii. Model CBU atau Completely Build Up adalah istilah yang digunapakai bagi model motosikal yang diimport ke Malaysia. Pembelian dengan insentif MARiiCas bagi Model CBU hanyalah terhad kepada pemohon MARiiCas pada tahun 2024 yang telah diluluskan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Malaysia Automotive Robotics & IoT Institute
Syarat Kelayakan:
i. Individu yang berpendapatan tahunan sebanyak RM120,000 ke bawah
ii. Warganegara Malaysia berumur 18 dan ke atas
iii. Mempunyai lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1 @ B2)
Langkah 1 | |
Langkah 2 | - Klik tekan butang "Daftar" bagi pengguna pertama kali. Lengkapkan maklumat terkini pemohon seperti nama, no kad pengenalan dan maklumat diri.
|
Langkah 3 | - Pengguna akan menerima emel verifikasi. Pengguna boleh juga menyemak pada tab emel spam sekiranya emel verifikasi tidak dihantar ke tab utama emel.
|
Langkah 4 | - Setelah selesai pendaftaran, pengguna hendaklah log masuk kembali untuk proses permohonan MARiiCas.
|
Langkah 5 | - Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
|
Langkah 6 | - Bayaran perkhidmatan dan pengesahan identiti pemohon sebanyak RM10 akan dikenakan bagi setiap permohonan.
Nota: Bayaran tidak akan dikembalikan. Nama pemohon hendaklah sama dengan pemilik bank akaun pembayaran. |
Langkah 7 | - Pengguna akan menerima email pengesahan permohonan.
|
Langkah 8 | - Pengguna boleh membuat semakan keputusan dengan log masuk web rasmi Malaysia Automotive Robotics & IoT Institute dalam tempoh 14 HARI BEKERJA selepas tarikh permohonan lengkap dilakukan.
- Sekiranya permohonan berjaya, pemohon perlu:
Langkah 1 | - Pemohon perlu memuat turun kod QR melalui pautan permohonan.
Nota: Kod QR adalah sah untuk tempoh 30 hari dari tarikh kelulusan. Pemohon hendaklah membuat tempahan motosikal dalam tempoh tersebut. Sekiranya tamat tempoh kelulusan, pemohon hendaklah memohon semula sebagai permohonan baru di dalam sistem. Permohonan akan dianggap terbatal sekiranya tiada tuntutan yang dibuat dalam jangka masa 30 hari tersebut. Anda dibenarkan untuk mendaftar semula selepas 1 bulan dari tarikh tamat tempoh kod QR. | Langkah 2 | - Sekiranya lulus, paparan cetakkan kod QR akan terpapar dan boleh disimpan dalam bentuk PDF
| Langkah 3 | - Pemohon perlu menebus insentif MARiiCas dalam masa 30 hari (sila rujuk soalan 16).
|
|
|
Bagi yang bekerja | - Slip gaji disahkan majikan beserta cop syarikat ATAU borang EA ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
|
Bagi yang bekerja sendiri | - Muatnaik borang pengesahan pendapatan ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
|
Bagi pesara | - Pesara kerajaan: Slip pencen dan kad pesara ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
- Pesara swasta: Borang pengesahan pendapatan ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
|
Bagi pelajar | - Kad Pelajar; dan
- Muat turun borang pengesahan pelajar ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
|
- Mempunyai lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1 @ B2)
|
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda