Terakhir dikemas kini pada 02/10/2025
Contoh: Gaji bulan November 2025 Maka Bulan Caruman adalah Disember 2025 dan hendaklah dibayar sebelum atau selewat-lewatnya pada 15 Disember 2025. Majikan dikehendaki membayar syer pekerja dan majikan kepada KWSP. |
Kategori pekerja bukan warganegara | Kadar Caruman mulai Oktober 2025 | |
Belum mencapai usia 60 tahun | Telah mencapai umur 60 tahun | |
Pekerja bukan warganegara Malaysia yang juga adalah Pemastautin Tetap di Malaysia | Tiada perubahan SM: 13% atau 12%, SP: 11% | Tiada perubahan SM: 6.5% atau 6%, SP: 5.5% |
Pekerja bukan warganegara Malaysia yang telah mendaftar sebelum 1 Ogos 1998 | Tiada perubahan SM: 13% atau 12%, SP: 11% | Tiada perubahan SM: 6.5% atau 6%, SP: 5.5% |
Pekerja bukan warganegara Malaysia yang telah mendaftar selepas 1 Ogos 1998 | SM: 2%, SP: 2% | SM: 2%, SP: 2% |
Nota:
i. SM: Syer Majikan
ii. SP: Syer Pekerja
Manfaat kepada pekerja:
i. Selepas pelaksanaan caruman mandatori ini, pekerja bukan warganegara Malaysia yang mencarum dengan KWSP akan layak menerima pelbagai kemudahan dan manfaat KWSP, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan KWSP:
Pengeluaran Sebahagian | Pengeluaran Penuh | Caruman Sukarela | Lain-Lain Kemudahan / Manfaat |
Nota: Bagi Pengeluaran Sebahagian Umur 55 dan 60 Tahun, pengeluaran hanya boleh dibuat mulai April 2026 |
|
|
|
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau rujuk Risalah Caruman Mandatori KWSP Kepada Pekerja Bukan Warganegara Malaysia
Majikan | Ahli |
|
|
Nota: *Menurut Seksyen 3, Akta Pampasan Pekerja 1952, 'orang gaji domestik' merujuk kepada individu yang bekerja sebagai, antara lain: Pembantu rumah, Tukang masak, Tukang kebun, Tukang cuci, Pengasuh (babysitter), pemandu dan seumpamanya.
Kadar Caruman | |
Syer Majikan | Syer Pekerja |
2% | 2% |
i. Pas Lawatan Kerja Sementara (Pekerja Asing kecuali Pembantu Rumah Asing) ii. Pas Penggajian iii. Pas Lawatan (Ikhtisas) iv. Pas Pelajar v. Pas Residen vi. Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang |
Nota:
i. Tanggungan untuk mencarum adalah terpakai kepada pekerja bukan warganegara Malaysia yang telah diambil bekerja oleh majikan dan menerima upah mulai gaji Oktober 2025.
ii. Kebenaran bekerja bagi Pas Lawatan (Ikhtisas), Pas Pelajar, Pas Residen dan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada Jabatan Imigresen Malaysia.
i. Mendaftar sebagai majikan dengan KWSP (jika belum berdaftar). ii. Mendaftarkan pekerja bukan warganegara Malaysia sebagai ahli KWSP iii. Membayar caruman untuk pekerja iv. Menyenggara rokod pengajian v. Mengemas kini rekod |
Nota:
i. Bagi majikan yang sedang menggajikan pekerja warganegara dan bukan warganegara Malaysia, majikan tidak perlu kemukakan pendaftaran baharu. Majikan boleh menggunakan nombor majikan sedia ada.
ii. Majikan digalakkan untuk membantu pekerja dengan memberi panduan umum berhubung proses pengeluaran KWSP, termasuk memberi maklumat tentang saluran rasmi KWSP atau membantu dalam penyediaan dokumen yang melibatkan majikan apabila diperlukan. Permohonan pengeluaran hendaklah dibuat sendiri oleh ahli, dan majikan tidak dibenarkan membuat permohonan bagi pihak pekerja.
Pendaftaran majikan boleh dibuat melalui saluran-saluran berikut;
i. Secara dalam talian (online) melalui laman web KWSP bagi syarikat yang ditubuhkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kecuali Perkongsian Liabiliti Terhad / Limited Liability Partnership. Pendaftaran secara online adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
ii. Secara fizikal di mana-mana pejabat KWSP berhampiran.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim di bawah:
i. Maklumat umum berkaitan caruman KWSP
ii. Panduan Pengguna Pekerja Asing di e-Payroll
iii. Panduan Pengguna Pekerja Asing di Portal i-Akaun (Majikan)
iv. Panduan Pengguna Pekerja Asing di Aplikasi i-Akaun KWSP