Terakhir dikemas kini pada 02/10/2025
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
i. Pelajar yang mempunyai simpanan akaun Simpan SSPN Prime daripada keluarga pendapatan (gaji pokok) isi rumah RM4,001 sehingga RM6,000 sebulan |
i. Pendapatan bulanan isi rumah (gaji pokok) RM4,001 sehingga RM6,000 sebulan semasa permohonan dibuat. ii. Permohonan geran padanan dalam tempoh 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2026. iii. Penerima manfaat (anak) telah mendaftar masuk ke mana-mana IPT dan kursus yang diiktiraf oleh kerajaan di peringkat sijil dan ke atas. iv. Penerima manfaat belum mencecah umur 29 tahun semasa permohonan dibuat. v. Jumlah keseluruhan geran padanan yang akan diberikan kepada setiap keluarga yang layak adalah tidak melebihi RM5,000 satu keluarga. Kelayakan pemberian geran padanan hanya kepada pendeposit (ibu / bapa / penjaga) yang membuka akaun untuk anaknya sendiri atau anak jagaan yang sah. Pendeposit yang membuka akaun untuk diri sendiri atau mana-mana orang lain tidak layak memohon geran padanan ini. |
i. *Pengesahan pendapatan / salinan slip gaji / salinan penyata pencen / salinan kad pesara yang menyatakan pencen bulanan pendeposit dan pasangan. ii. Salinan MyKad pasangan / sijil kematian / surat cerai. iii. Salinan sijil kelahiran / surat akuan berkanun / sijil anak angkat penerima manfaat. iv. *Salinan surat tawaran mendaftar masuk ke IPT dan resit bayaran daftar masuk ke IPT. v. *Surat pengesahan aktif belajar daripada IPT / Agensi yang berkenaan dan hendaklah mencatatkan kursus pengajian (sekiranya tidak memenuhi item 4). vi. Sekiranya penerima manfaat mendapat tajaan pinjaman pendidikan PTPTN, dokumen 4 dan 5 tidak diperlukan. vii. Salinan buku bank persendirian pendeposit (jika ingin dikreditkan ke akaun) *dokumen 1, 4 dan 5 perlu disahkan |