Perintah Gaji Minimum (PGM)
Terakhir dikemas kini pada
24/09/2025
- Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melaksanakan pelarasan gaji minimum bagi memastikan kebajikan pekerja terus terjamin selaras dengan dasar buruh negara.
- Perintah Gaji Minimum 2024 menetapkan kadar baharu sebanyak RM1,700 sebulan yang akan dikuatkuasakan sepenuhnya mulai 1 Ogos 2025 ke atas semua majikan tanpa mengira bilangan pekerja.
- Langkah ini adalah sebahagian daripada komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkukuh perlindungan hak pekerja, meningkatkan daya saing pasaran buruh serta menggalakkan produktiviti melalui pengukuhan struktur gaji yang lebih adil dan mampan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kenyataan Media
Majikan ≥ 5 pekerja | - Berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025.
- Termasuk juga majikan aktiviti profesional seperti diklasifikasikan di bawah Malaysia Standard Classification of Occupations (MASCO) 2020.
|
Majikan < 5 pekerja | - Diberi tempoh penangguhan 6 bulan.
- Wajib melaksanakan mulai 1 Ogos 2025.
|
Liputan pekerja | - Terpakai kepada pekerja warganegara, bukan warganegara, dan kontrak perantisan.
- Tidak terpakai kepada pekerja perkhidmatan domestik.
|
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda