- Program Celik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dibawah Belanjawan 2025 untuk memberi pendedahan pelajar dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan Kolej Vokasional tentang pelaburan, risiko berkaitan pelaburan dan cadangan pelaburan yang sesuai kepada para pelajar.
- ASNB juga memberikan RM50 unit amanah percuma kepada pelajar Semester 1 sebagai pelaburan permulaan/ tambahan untuk menggalakkan pelajar memulakan pelaburan dari usia muda.
- Setiap pelajar hanya layak untuk menerima insentif RM50 untuk program Celik MADANI ini SEKALI sahaja walaupon pelajar tersebut berpindah dari univerisiti A ke universiti B
- Jika anda berumur di bawah 18 tahun, anda boleh membuka akaun unit amanah di cawangan ASNB atau ejen ASNB berdekatan. Anda perlu mempunyai sijil kelahiran/ mykad yang sah serta mykad Penjaga Berdaftar (ibubapa/penjaga) warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Pelajar dan penjaga berdaftar perlu hadir.
Untuk maklumat lanjut sila layari Laman Rasmi Permodalan Nasional Berhad (PNB)
Program ini hanya terbuka kepada pelajar semester 1 yang berumur 17 tahun dan ke atas dan;
- Belum mempunyai mana-mana akaun unit amanah ASNB dan juga belum mendaftar di aplikasi myASNB.
- Sudah mempunyai mana-mana akaun unit amanah ASNB tetapi belum mendaftar di aplikasi myASNB.
- Sudah mempunyai mana-mana akaun unit amanah ASNB dan juga sudah mendaftar di aplikasi myASNB.
Senarai institusi pendidikan yang layak menyertai program Celik MADANI
- Program ini terbuka kepada pelajar semester 1 yang melanjutkan pengajian di institusi berikut :
- Kategori 1 : Diploma
- Kolej Vokasional
- Politeknik dan Kolej Komuniti
- Kategori 2 : Ijazah Sarjana Muda
- Universiti Awam
- Universiti Berkaitan Kerajaan (GLU)
Jenis akaun unit amanah yang layak untuk menebus RM50 unit amanah percuma
- Sekiranya anda merupakan individu Bumiputera warganegara Malaysia, anda layak untuk mendapat unit amanah percuma melalui akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) manakala jika anda merupakan individu bukan Bumiputera warganegara Malaysia, anda layak untuk mendapat unit amanah percuma melalui akaun Amanah Saham Malaysia (ASM).
Cara untuk menebus RM50 unit amanah percuma
- Bagi pelajar yang tidak mempunyai akaun unit amanah ASNB, anda perlu mendaftar akaun menerusi aplikasi myASNB dan masukkan nombor akaun ASNB (UHID) di laman web portal pelajar atau mana-mana kaedah yang diguna pakai di setiap institusi pendidikan;
- Bagi pelajar yang sudah mempunyai akaun ASNB dan aplikasi myASNB (pastikan maklumat peribadi sentiasa dikemas kini). Anda hanya perlu memasukkan nombor akaun ASNB (UHID) di laman web portal pelajar atau mana-mana kaedah yang diguna pakai di setiap institusi pendidikan; dan
- Sekiranya anda sudah mempunyai akaun ASNB tetapi tidak mempunyai aplikasi myASNB, muat turun dan mendaftar aplikasi myASNB sekarang.
- Panduan pendaftaran akaun ASNB dan aplikasi myASNB, cara semak nombor akaun ASNB serta langkah mengemaskini maklumat peribadi menerusi aplikasi myASNB boleh didapati dalam "kit selamat datang" yang disediakan oleh ASNB bersama surat tawaran yang diterima.
Nota: Proses pengkreditan akan mengambil masa sehingga 30 hari bekerja selepas pihak ASNB menerima data pelajar dari universiti. Sekiranya anda tidak menerima RM50 unit amanah percuma dalam tempoh yang dinyatakan, sila hubungi khidmat pelanggan ASNB di talian 03-77308899, / melalui aplikasi WhatsApp di 019-2235747 / melalui emel di [email protected].