BUDI MADANI RON95 (BUDI95)
Tiada Permohonan Diperlukan
Terakhir dikemas kini pada
25/09/2025
- Kerajaan MADANI telah memperkenalkan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) sebagai sistem subsidi bersasar petrol RON95 untuk manfaat rakyat Malaysia bermula 30 September 2025.
- Harga petrol RON95 ditetapkan pada RM1.99 seliter untuk warganegara Malaysia
- Pelaksanaan BUDI95 akan dilaksanakan secara berperingkat bagi mengelakkan lonjakan penggunaan:
27 September 2025 (Sabtu) | Dibuka awal kepada 300 ribu anggota polis dan tentera |
28 September 2025 (Ahad) | Dibuka awal kepada penerima STR (golongan B40) |
30 September 2025 (Selasa) | Dibuka kepada 16 juta rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas dengan MyKad dan lesen memandu aktif |
Nota: Kerajaan MADANI menasihati rakyat agar memastikan cip MyKad berfungsi dan lesen memandu sah sebelum peralihan ke sistem ini. Kementerian Kewangan (MOF) akan mengeluarkan maklumat lanjut BUDI95 dari semasa ke semasa
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi BUDI MADANI RON95 (BUDI95)
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia sahaja
ii. Lesen memandu aktif dan sah
iii. MyKad
iv. Umur 16 tahun ke atas
- Semua rakyat layak menerima siling kelayakan bulanan RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan. Pemandu e-hailing diberi pengecualian daripada siling kelayakan tersebut dan boleh memohon kelayakan tambahan bagi memastikan kelangsungan pekerjaan mereka.
- Semakan kelayakan boleh dilakukan melalui laman rasmi BUDI MADANI RON95 (BUDI95)
- Tiada permohonan diperlukan
- Rakyat hanya perlu mengesahkan pembelian dengan MyKad. Terminal pembaca MyKad akan disediakan di pam minyak dan kedai stesen minyak, selain pilihan opsyen digital melalui e-dompet (TNG, Setel, CaltexGo).
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda