BUDI MADANI - BUDI Individu
Terakhir dikemas kini pada
09/09/2025
- BUDI Individu merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel. Kategori ini khusus untuk individu daripada golongan bukan T20 yang memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia
- MySubsidi Diesel secara asasnya ialah platform untuk syarikat pengangkutan awam darat dan pengangkutan barangan darat tertentu di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) untuk mendapatkan kelayakan membeli diesel bersubsidi daripada syarikat minyak yang dipilih pada harga yang lebih rendah berbanding harga pam yang ditetapkan oleh Kerajaan di stesen minyak
- Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) merupakan sistem kawalan penggunaan diesel bersubsidi bagi mengoptimumkan kos kawalan dan penguatkuasaan diesel bersubsidi negara yang diselaras oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN).
- Peluasan SKDS telah dilaksanakan secara dalam talian menerusi Sistem MySubsidi mulai 7 Mac 2024
- Permohonan BUDI Individu telah dibuka sepanjang tahun mulai 28 Mei 2024
- Permohonan yang diluluskan akan menerima bantuan tunai bulanan sebanyak RM200. Sila rujuk jadual dibawah:
Tarikh Permohonan BUDI MADANI | Tarikh Bayaran |
1 Jan 2025 - 31 Jan 2025 | 7 Feb 2025 (Jumaat) |
1 Feb 2025 - 25 Feb 2025 | 7 Mac 2025 (Jumaat) |
1 Mac 2025 - 31 Mac 2025 | 11 April 2025 (Jumaat) |
1 April 2025 - 30 April 2025 | 9 May 2025 (Jumaat) |
1 Mei 2025 - 31 Mei 2025 | 6 Jun 2025 (Jumaat) |
1 Jun 2025 - 30 Jun 2025 | 7 Julai 2025 (Isnin) |
1 Julai 2025 - 31 Julai 2025 | 8 Ogos 2025 (Jumaat) |
1 Ogos 2025 - 31 Ogos 2025 | 8 Sept 2025 (Isnin) |
1 Sept 2025 - 30 Sept 2025 | 8 Oct 2025 (Rabu) |
1 Okt 2025 - 31 Okt 2025 | 7 Nov 2025 (Jumaat) |
1 Nov 2025 - 30 Nov 2025 | 5 Dis 2025 (Jumaat) |
1 Dis 2025 - 31 Dis 2025 | 9 Jan 2026 (Jumaat) |
Nota: Pembayaran akan dikreditkan ke akaun yang berdaftar dalam sistem BUDI Individu atau secara tunai di mana-mana Cawangan BSN sekiranya tiada akaun bank
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi BUDI MADANI
Pemohon | - Warganegara Malaysia;
- Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100 ribu dan ke bawah*
|
Kriteria Pemilikan Kenderaan | - Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu;
- Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan) aktif;
- Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia; dan
- Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.
|
Kriteria Tambahan Tidak Layak BUDI Individu | - Motosikal diesel;
- Kenderaan persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat / pertubuhan;
- Kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun. Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing;
- Jenis kenderaan: Karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran
|
*Nota: Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia boleh membuat semakan ke atas maklumat pendapatan yang telah dikemukakan dan sekiranya perlu, mengeluarkan notis di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 ke atas pemohon bagi pengemukaan borang nyata cukai pendapatan.
- Status kelayakan bagi bantuan BUDI Individu akan dimaklumkan selepas pemohon selesai membuat permohonan melalui portal rasmi BUDI MADANI
- Sekiranya tidak diluluskan, dan pemohon memenuhi syarat kelayakan BUDI Individu, permohonan akan dibawa bagi semakan kelayakan bulan berikutnya dengan data agensi berkaitan secara automatik.
Permohonan sebagai pengguna MySubsidi Diesel boleh dibuat melalui laman rasmi BUDI MADANI dan ikuti kaedah berikut:
i. Mendaftar akaun pengguna
ii. Klik pada menu Permohonan Baharu > Pemilikan Kenderaan (Diesel) Individu
iii. Masukkan maklumat pemohon seperti berikut:
- No. Mykad
- No. Telefon Bimbit
- Nama Bank No. Akaun Bank
- Alamat e-mel
iv. Maklumat Kenderaan Diesel seperti berikut:
- Nombor Pendaftaran Kenderaan
- Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor
- Jenama / Model Kenderaan
- Kelas Kegunaan Kenderaan
- Semakan permohonan boleh dibuat melalui laman rasmi BUDI MADANI
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda